Sunday, 2 November 2014

~ Resepi Butterscotch Bread Pudding & Vanilla Custard Sauce ~




Resepi Butterscotch Bread Pudding & Vanilla Custard Sauce


Bahan-bahan (bread pudding):

  • 15 keping roti "gardenia butterscotch", sekeping dicarik / dipotong kiub 6 bahagian.
  • 6 sudu makan cip coklat
  • 3 cawan susu segar / susu cair / santan cair (saya guna susu segar)
  • 3 biji telur
  • 3 sudu makan gula castor
  • 3 sudu teh esen vanilla
  • 3 sudu makan mentega cair / minyak jagung
  • sedikit mentega
Cara-cara:

  1. Satukan susu segar, telur, gula castor, esen vanilla, dan mentega cair di dalam jug, pukul dengan hand whisk hingga sebati, ketepikan.
  2. Sapu mentega pada loyang 9". Kemudian susun roti untuk lapisan pertama, dan tabur separuh cip coklat.
  3. Susun pula roti untuk lapisan kedua.
  4. Tuangkan bancuhan mula-mula tadi ke dalam loyang. Tekan sedikit roti supaya bancuhan tadi dapat menyerap ke setiap bahagian roti.
  5. Tabur baki cip colat pada lapisan atas. Bakar pada suhu 180c selama 40-50 minit.

Bahan-bahan (sauce):

  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan air
  • 3 sudu makan gula castor
  • 1 sudu makan tepung kastard
  • 2 sudu teh creamy vanilla essence / vanilla extract

Cara-cara:

  1. Masukkan kesemua bahan kecuali esen vanilla ke dalam periuk kecil. Masak sambil dikacau dengan api yang sederhana. Bila mendidih, tutup api, sejukkan dan masukkan esen vanilla. Sedia untuk dihidang.

Tips:

  • Jika tiada roti butterscotch, boleh ganti dengan roti putih biasa.
  • Jika tak suka cip coklat, boleh ganti dengan kismis atau badam cincang, atau buah-buahan segar yang dipotong dadu, terserah pada masing-masing.
  • Sejukkan puding roti sekurang-kurangnya selama 3-4 jam, kerana jika puding masih suam, rasa cip coplat akan mengatasi rasa puding. Selamat mencuba. InsyaAllah sedap.



Thursday, 16 October 2014

~ Resepi Kari Kambing ~


Resepi Kari Kambing


Bahan-bahan :

  • 1kg daging kambing + tulang
  • 1.5 liter air
  • 5 biji buah pelaga
  • 5 biji cengkih
  • 3 biji bunga lawang
  • 1 batang kayu manis
  • 1 tangkai daun kari, diambil daunnya sahaja
  • 2 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 batang serai
  • 4 sudu makan serbuk kari daging
  • 1 cawan santan pekat
  • Garam dan gula secukupnya
  • Minyak secukupnya untuk menumis

Cara-cara :

  1. Mula-mula basuh daging kambing dan tulang hingga bersih. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama 1.5 liter air. Rebus hingga air tinggal separuh dari paras asal. Ketepikan.
  2. Kisar bawang putih, bawang besar, halia dan serai dengan sedikit air. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak di dalam periuk lain. Masukkan rempah empat sekawan (buah pelaga, cengkih, bunga lawang dan kayu manis) dan daun kari. Tumis hingga naik bau.
  4. Masukkan pula bahan kisar tadi. Tumis hingga garing kemudian masukkan serbuk kari dan sedikit air. Masak hingga pecah minyak.
  5. Masukkan daging kambing yang telah direbus sebentar tadi bersama-sama air rebusannya sekali dengan santan.
  6. Masak dengan api perlahan hingga mendidih, kemudian masukkan bahan-bahan perasa, gula dan garam secukupnya.
  7. Sedia dihidang.

Tips :

  • Untuk daging yang sangat lembut, semasa rebus pastikan api kecil. Akan ambil masa yang lama tetapi berbaloi.
  • Untuk mereka yang tidak sukakan bau kambing, semasa basuh kambing boleh masukkan sedikit belacan. Bilas sebersihnya selepas itu. Selamat mencuba.

Friday, 8 August 2014

~ Muffin Chocolate Chip ~

Muffin Chocolate Chip (Saiz M)

Mencari door gift untuk hari istimewa???
Boleh dapatkan dari Yaby Bakeshop
Harga berpatutan!!!




~~RM1.50/pcs (minimun order 30 boxes)
30-200pcs - RM1.50/pcs
200-500pcs - RM1.30/pcs
500-1000pcs - RM1.10
1000pcs dan ke atas - RM1.00/pcs
~~Contact no : 012-6844167
~~Email : yaby.bakeshop@gmail.com

Wednesday, 16 July 2014

~ Resepi Biskut Coklat Cip & Walnut ~


Resepi Biskut Coklat Cip & Walnut


Bahan-bahan :

  • 300gm mentega, suhu bilik
  • 200gm gula castor + 100gm gula perang (kalau tak ada gula perang, boleh gunakan gula castor sahaja)
  • 2 biji telur
  • 250gm tepung gandum
  • 250gm tepung jagung
  • 2 sudu teh soda bikabornat
  • 4 sudu makan serbuk koko
  • 200gm coklat cip
  • 200gm kacang walnut

Cara-cara :

  1. Pukul mentega dan gula hingga sebati, tak perlu sampai kembang, kemudian masukkan 2 biji telur dan pukul sebati lagi.
  2. Masukkan bahan lain, uli dengan tangan hingga menjadi doh yang lembut. Adunan memang tidak terlalu keras. Jadi rehatkan adunan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum dibentukkan ke dalam loyang pembakar.
  3. Bakar pada suhu 150c selama 30 minit.

Tips :

  • Boleh gantikan kacang walnut dengan lain-lain jenis kacang seperti almond, pecan dan lain-lain. Boleh juga gantikan dengan "rice bubbles", pun sedap.
  • Kalau nak buat biskut coklat cip versi klasik (warna coklat terang), jangan masukkan 4 sudu serbuk koko.
  • Masa keluarkan dari oven, bahagian tengah biskut seakan-akan masih lembut, tapi setelah disejukkan biskut akan rangup.
  • InsyaAllah sesedap biskut "Famous Amos", walaupun gambar tak berapa kelihatan menarik. Cubalah. Anak-anak mesti suka. 

Sunday, 6 July 2014

~ Resepi Biskut Dahlia / Samperit ~


Resepi Biskut Dahlia / Samperit


Bahan-bahan :

  • 250gm mentega, suhu bilik
  • 200gm gula castor
  • 1 biji telur
  • 1tsp esen vanilla
  • 100gm tepung jagung
  • 100gm tepung ubi
  • 50gm tepung custard
  • 220gm tepung gandum
  • ceri untuk hiasan
Cara-cara :

  1. Masukkan mentega dan gula ke dalam mangkuk, pukul pada kelajuan tinggi hingga sebati, tidak perlu terlalu kembang.
  2. Kemudian masukkan telur dan esen vanilla, pukul lagi hingga sebati. Ketepikan.
  3. Ayak keempat-empat jenis tepung. Masukkan ke dalam adunan mentega tadi. Uli  dengan tangan hingga menjadi doh lembut.
  4. Masukkan doh ke dalam acuan samperit. Bentukkan ke atas loyang pembakar. Letakkan ceri di atas biskut atau lain-lain hiasan mengikut pilihan anda.
  5. Bakar di dalam oven pada suhu 150c selama 30 minit.

Tips :

  • Resepi ini adalah untuk biskut dahlia yang rangup. Untuk yang berniaga biskut ini sesuai untuk dipos, dengan syarat menggunakan "plastic bubles wrap" sebagai alas biskut. InsyaAllah tidak pecah.
  • Untuk biskut yang lebih lembut atau cair di mulut, gantikan 1 biji telur kepada dua biji telur kuning sahaja.
  • Sejukkan biskut terlebih dahulu sebelum disusun ke dalam balang supaya tidak lemau.
  • Tidak digalakkan menggunakan marjerin kerana biskut akan cepat tengit. Jika menggunakan mentega, insyaAllah akan elok lebih dari sebulan.

Thursday, 3 July 2014

~ Resepi Pecal ~



Resepi Pecal


Bahan-bahan kuah pecal :
  • ½ tbsp (sudu makan) belacan
  • 30 tangkai cili kering
  • 150gm kacang tanah
  • 4 tbsp (sudu makan) gula merah
  • 2 tbsp (sudu makan) gula putih
  • 1 ½ tsp (sudu teh) garam
  • 2 ½ tbsp (sudu makan) air asam jawa

Bahan-bahan sayur pecal :

  • 100gm nangka muda
  • 10 urat kacang panjang
  • 2 ikat kangkung
  • 3 keping tauhu, digoreng
  • 150gm taugeh

Cara-cara :
  1. Kesemua sayur pecal kecuali tauhu, di potong pendek dan dicelur sehingga lembut. Ketepikan.
  2. Tauhu yang telah digoreng juga dipotong nipis. Ketepikan.
  3. Untuk membuat kuah pecal, mula-mula belacan, cili kering dan juga kacang tanah digoreng dengan minyak. Kemudia tos dan kisar halus. Masukkan ke dalam mangkuk.
  4. Seterusnya, masukkan gula merah, gula putih, garam, air asam jawa ke dalam mangkuk, gaul rata. Rasa dahulu sebelum masukkan sayur pecal. Jika kurang manis, tambah gula begitu juga sebaliknya.
  5. Setelah kuah mempunyai rasa yang cukup, boleh masukkan kesemua sayur pecal, gaul rata dan hidang.

Thursday, 26 June 2014

~ Resepi Spaghetti Bolognese Daging/Ayam ~



Resepi Spaghetti Bolognese Daging/Ayam


Bahan-bahan :

  • 500gm spaghetti (1 paket)
  • 3 tbsp (sudu makan) cili giling
  • 400gm daging/ayam kisar, kisar sendiri lebih sedap tetapi jenama Ramli pun sedap juga
  • 3 ulas bawang putih dipotong dadu
  • 2 biji bawang besar Holand saiz sederhana, dipotong dadu
  • 1 tin besar puri tomato, saya guna jenama Duchef
  • 4 biji tomato saiz besar (lebih kurang 600gm), 2 biji dipotong dadu dan 2 biji lagi dikisar bersama secawan air
  • 1 tin cendawan butang, dibuang airnya dan dihiris nipis
  • 4 tbsp (sudu makan) sos cili
  • 1 ½ tbsp (sudu makan) garam
  • 1 tbsp (sudu makan) gula
  • 1 tbsp (sudu makan) oregano segar/kering
  • 1 tbsp lada hitam, dikisar halus
  • 2 cawan air
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara :
  1. Mula-mula rebus spaghetti sehingga lembut. Didihkan air terlebih dahulu sebelum masukkan spaghetti, dan masukkan satu sudu makan garam dan dua sudu makan minyak masak ke dalam air rebusan. Angkat dan tos, ketepikan.
  2. Untuk membuat sos, mula-mula panaskan minyak dan masukkan cili giling. Tumis hingga garing.
  3. Masukkan pula daging/ayam kisar, kacau sebati. Tunggu sehingga pecah minyak.
  4. Selepas pecah minyak (air daging/ayam tadi telah kering), masukkan bawang putih dan bawang besar Holand. Kacau sehingga bawang tadi menjadi agak lembut.
  5. Masukkan pula tomato puri, tomato kisar, cendawan butang, tomato yang dipotong dadu, sos cili dan 2 cawan air.
  6. Setelah kuah mula mendidih masukkan garam, lada hitam, gula dan oregano.
  7. Jika kekurangan rasa, boleh tambah apa yang perlu. Didihkan kuah sekali (agak lama sedikit) sehingga kuah menjadi agak pekat.
  8. Sedia dihidang bersama spaghetti. Selamat mencuba.

Tips :



  • Untuk membuat spaghetti makanan laut (ketam/udang/sotong) cara membuat kuah adalah sama, cuma selepas cili giling ditumis, terus masukkan bawang dan bahan-bahan seterusnya. 2 cawan air juga tidak diperlukan. Bahan-bahan makanan laut hendaklah dimasukkan setelah kuah mendidih, supaya tidak terlebih masak. Setelah kuah telah siap, masukkan spaghetti ke dalam kuali dan gaul sekali, tidak perlu dihidang kuah berasingan.

~ Resepi Kek Kurma ~



Resepi Kek Kurma


Bahan-bahan A :

  • 2 cawan kurma madu, dibuang biji
  • 1 cawan gula
  • 3 biji telur
  • 1 tsp (sudu teh) soda bikabornat
  • 1 tsp (sudu teh) serbuk penaik (baking powder)
  • 1 cawan minyak jagung

Bahan-bahan B :


  • 3 cawan tepung gandum, diayak
  • 4 tbsp (sudu makan) madu

Cara-cara :


  1. Kisar kesemua bahan A, kemudian tuang ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan kesemua bahan B ke dalam A dan kacau sebati.
  3. Masukkan ke dalam loyang. Bakar pada suhu 160c selama 45-60 minit.


Tips :

  • Kurma madu mempunyai rasa yang agak manis berbanding kurma lain, jadi kepada mereka yang tidak sukakan rasa yang terlalu manis, boleh kurangkan gula kepa ¾ cawan.
  • Jika tiada kurma madu, boleh juga digantikan dengan kurma lain seperti kurma Tunisia atau mariami. Tetapi tekstur kurma seperti Tunisia dan mariami agak kering, jadi anda boleh tambahkan ½ cawan susu segar ke dalam adunan kek.
  • Kek ini sangat sesuai untuk minum petang dan sarapan pagi. Selamat mencuba.
  • Boleh juga susun buah kurma di atas kek sebelum di bakar. Seperti gambar di atas.


Wednesday, 25 June 2014

~ Resepi Bihun Goreng Ikan Basah-basah ~


Resepi Bihun Goreng Ikan Basah-basah


Bahan -bahan :

  • ½ paket bihun, direndam dalam air hingga lembut (sekurang-kurangnya 2 jam)
  • 10 tangkai cili kering, direndam air panas hingga lembut
  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih, diketuk dan dipotong dadu
  • 10 ekor ikan selar kuning kecil, diambil isinya sahaja
  • ¾ cawan sos cili
  • 1 ½ sudu makan cuka putih
  • 3 sudu makan kicap manis
  • 2 cawan air
  • Sayur-sayuran (sawi, kobis, lobak merah atau lain-lain)
  • Garam, gula dan perasa
  • Minyak untuk menggoreng

Cara - cara :

  1. Kisar cili kering bersama bawang besar dan sedikit air. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar tadi. Tumis hingga garing.
  3. Masukkan sos cili, cuka dan kicap manis. Kacau rata. Masukkan air, bila dah mendidih masukkan isi ikan selar dan sayur. Kemudian masukkan bihun. Masak sehingga bihun menjadi lembut.
  4. Masukkan gula, garam dan perasa secukupnya. Sedia untuk dihidang.

Tips:

  • Setelah masukkan isi ikan, jangan kerap dikacau. Bimbang isi ikan menjadi hancur.
  • Jika anda tidak sukakan ikan, boleh diganti dengan isi udang, sotong, ketam atau lain-lain.
  • Sedap dimakan bersama cili jeruk kicap.

Bahan-bahan untuk cili jeruk kicap :

  • 3 biji cili merah / 10 biji cili api, dihiris nipis
  • 5 sudu makan kicap manis
  • 2 sudu makan cuka putih


Cara - cara untuk cili jeruk kicap :

  1. Gaulkan kesemua bahan, perap sekurang-kurangnya selama 1 jam.


~ Resepi Ikan Percik ~




Resepi Ikan Percik


Bahan - bahan :

  • 4 ekor ikan kembung / 2 ekor ikan bawal / lain-lain ikan ikut kesukaan masing-masing (dikelar halus dan digaul bersama garam dan sedikit serbuk kunyit)
  • Sebiji kelapa, ambil santannya sahaja
  • 15 tangkai cili kering, direndam air panas
  • 3 biji bawang besar
  • 3 batang serai
  • 1 inci halia
  • Garam, gula dan perasa

Cara-cara :

  1. Ikan dipanggang di atas bara api atau boleh juga dipanggang di atas kuali leper. Ketepikan.
  2. Ambil santan yang telah diperah dari sebiji kelapa dan kemudian kisar bersama cili kering, bawang besar, sebatang serai dan halia. Baki 2 batang serai diketuk dan dimasukkan ke dalam kuali. Masak dengan api sederhana.
  3. Bila kuah sudah agak pekat, masukkan garam, gula dan perasa. Sedia dicurahkan di atas ikan yang telah dipanggang tadi.

Tips:

  • Untuk rasa yang lebih sedap, semasa ikan dipanggang ambil sedikit kuah percik kemudian siram di atas ikan. Kuah tadi akan menyerap ke dalam ikan. Selamat mencuba.

Thursday, 19 June 2014

~ Kit Kat Cake ~


Kit Kat Cake


RM120.00/double layer (saiz 9")
Cake : chocolate moist cake
Frosting : chocolate ganache
Filling : chocolate ganache
Decorations : kit kat and m&m peanut
Contact no : 012-6844167
Email : yaby.bakeshop@gmail.com

~ About Us ~

Assalamualaikum. 

Hi guys! Welcome to our blog. We are Muslim home baker which produce Halal food products. Please follow our update for new products. If you are interested with our products please call us at 012 - 6844167 or email us at yaby.bakeshop@gmail.com

Please LIKE our page on Facebook at Yaby Bakeshop

Business owner :
Nur Liyana Binti Zulkikli
Nur Rabiatul Adawiyah Binti Zulkikli

Address :
Lot 116e, Kampung Melayu Sungai Buloh,
47000 Sungai Buloh,
Selangor.

Contact No :

012 - 6844167