Wednesday, 25 June 2014

~ Resepi Bihun Goreng Ikan Basah-basah ~


Resepi Bihun Goreng Ikan Basah-basah


Bahan -bahan :

  • ½ paket bihun, direndam dalam air hingga lembut (sekurang-kurangnya 2 jam)
  • 10 tangkai cili kering, direndam air panas hingga lembut
  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih, diketuk dan dipotong dadu
  • 10 ekor ikan selar kuning kecil, diambil isinya sahaja
  • ¾ cawan sos cili
  • 1 ½ sudu makan cuka putih
  • 3 sudu makan kicap manis
  • 2 cawan air
  • Sayur-sayuran (sawi, kobis, lobak merah atau lain-lain)
  • Garam, gula dan perasa
  • Minyak untuk menggoreng

Cara - cara :

  1. Kisar cili kering bersama bawang besar dan sedikit air. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar tadi. Tumis hingga garing.
  3. Masukkan sos cili, cuka dan kicap manis. Kacau rata. Masukkan air, bila dah mendidih masukkan isi ikan selar dan sayur. Kemudian masukkan bihun. Masak sehingga bihun menjadi lembut.
  4. Masukkan gula, garam dan perasa secukupnya. Sedia untuk dihidang.

Tips:

  • Setelah masukkan isi ikan, jangan kerap dikacau. Bimbang isi ikan menjadi hancur.
  • Jika anda tidak sukakan ikan, boleh diganti dengan isi udang, sotong, ketam atau lain-lain.
  • Sedap dimakan bersama cili jeruk kicap.

Bahan-bahan untuk cili jeruk kicap :

  • 3 biji cili merah / 10 biji cili api, dihiris nipis
  • 5 sudu makan kicap manis
  • 2 sudu makan cuka putih


Cara - cara untuk cili jeruk kicap :

  1. Gaulkan kesemua bahan, perap sekurang-kurangnya selama 1 jam.


No comments:

Post a Comment