Resepi Spaghetti Bolognese Daging/Ayam
Bahan-bahan :
Cara-cara :
Tips :
Bahan-bahan :
- 500gm spaghetti (1 paket)
- 3 tbsp (sudu makan) cili giling
- 400gm daging/ayam kisar, kisar sendiri lebih sedap tetapi jenama Ramli pun sedap juga
- 3 ulas bawang putih dipotong dadu
- 2 biji bawang besar Holand saiz sederhana, dipotong dadu
- 1 tin besar puri tomato, saya guna jenama Duchef
- 4 biji tomato saiz besar (lebih kurang 600gm), 2 biji dipotong dadu dan 2 biji lagi dikisar bersama secawan air
- 1 tin cendawan butang, dibuang airnya dan dihiris nipis
- 4 tbsp (sudu makan) sos cili
- 1 ½ tbsp (sudu makan) garam
- 1 tbsp (sudu makan) gula
- 1 tbsp (sudu makan) oregano segar/kering
- 1 tbsp lada hitam, dikisar halus
- 2 cawan air
- Minyak untuk menumis
Cara-cara :
- Mula-mula rebus spaghetti sehingga lembut. Didihkan air terlebih dahulu sebelum masukkan spaghetti, dan masukkan satu sudu makan garam dan dua sudu makan minyak masak ke dalam air rebusan. Angkat dan tos, ketepikan.
- Untuk membuat sos, mula-mula panaskan minyak dan masukkan cili giling. Tumis hingga garing.
- Masukkan pula daging/ayam kisar, kacau sebati. Tunggu sehingga pecah minyak.
- Selepas pecah minyak (air daging/ayam tadi telah kering), masukkan bawang putih dan bawang besar Holand. Kacau sehingga bawang tadi menjadi agak lembut.
- Masukkan pula tomato puri, tomato kisar, cendawan butang, tomato yang dipotong dadu, sos cili dan 2 cawan air.
- Setelah kuah mula mendidih masukkan garam, lada hitam, gula dan oregano.
- Jika kekurangan rasa, boleh tambah apa yang perlu. Didihkan kuah sekali (agak lama sedikit) sehingga kuah menjadi agak pekat.
- Sedia dihidang bersama spaghetti. Selamat mencuba.
Tips :
- Untuk membuat spaghetti makanan laut (ketam/udang/sotong) cara membuat kuah adalah sama, cuma selepas cili giling ditumis, terus masukkan bawang dan bahan-bahan seterusnya. 2 cawan air juga tidak diperlukan. Bahan-bahan makanan laut hendaklah dimasukkan setelah kuah mendidih, supaya tidak terlebih masak. Setelah kuah telah siap, masukkan spaghetti ke dalam kuali dan gaul sekali, tidak perlu dihidang kuah berasingan.



.jpg)
