Wednesday, 16 July 2014

~ Resepi Biskut Coklat Cip & Walnut ~


Resepi Biskut Coklat Cip & Walnut


Bahan-bahan :

  • 300gm mentega, suhu bilik
  • 200gm gula castor + 100gm gula perang (kalau tak ada gula perang, boleh gunakan gula castor sahaja)
  • 2 biji telur
  • 250gm tepung gandum
  • 250gm tepung jagung
  • 2 sudu teh soda bikabornat
  • 4 sudu makan serbuk koko
  • 200gm coklat cip
  • 200gm kacang walnut

Cara-cara :

  1. Pukul mentega dan gula hingga sebati, tak perlu sampai kembang, kemudian masukkan 2 biji telur dan pukul sebati lagi.
  2. Masukkan bahan lain, uli dengan tangan hingga menjadi doh yang lembut. Adunan memang tidak terlalu keras. Jadi rehatkan adunan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum dibentukkan ke dalam loyang pembakar.
  3. Bakar pada suhu 150c selama 30 minit.

Tips :

  • Boleh gantikan kacang walnut dengan lain-lain jenis kacang seperti almond, pecan dan lain-lain. Boleh juga gantikan dengan "rice bubbles", pun sedap.
  • Kalau nak buat biskut coklat cip versi klasik (warna coklat terang), jangan masukkan 4 sudu serbuk koko.
  • Masa keluarkan dari oven, bahagian tengah biskut seakan-akan masih lembut, tapi setelah disejukkan biskut akan rangup.
  • InsyaAllah sesedap biskut "Famous Amos", walaupun gambar tak berapa kelihatan menarik. Cubalah. Anak-anak mesti suka. 

Sunday, 6 July 2014

~ Resepi Biskut Dahlia / Samperit ~


Resepi Biskut Dahlia / Samperit


Bahan-bahan :

  • 250gm mentega, suhu bilik
  • 200gm gula castor
  • 1 biji telur
  • 1tsp esen vanilla
  • 100gm tepung jagung
  • 100gm tepung ubi
  • 50gm tepung custard
  • 220gm tepung gandum
  • ceri untuk hiasan
Cara-cara :

  1. Masukkan mentega dan gula ke dalam mangkuk, pukul pada kelajuan tinggi hingga sebati, tidak perlu terlalu kembang.
  2. Kemudian masukkan telur dan esen vanilla, pukul lagi hingga sebati. Ketepikan.
  3. Ayak keempat-empat jenis tepung. Masukkan ke dalam adunan mentega tadi. Uli  dengan tangan hingga menjadi doh lembut.
  4. Masukkan doh ke dalam acuan samperit. Bentukkan ke atas loyang pembakar. Letakkan ceri di atas biskut atau lain-lain hiasan mengikut pilihan anda.
  5. Bakar di dalam oven pada suhu 150c selama 30 minit.

Tips :

  • Resepi ini adalah untuk biskut dahlia yang rangup. Untuk yang berniaga biskut ini sesuai untuk dipos, dengan syarat menggunakan "plastic bubles wrap" sebagai alas biskut. InsyaAllah tidak pecah.
  • Untuk biskut yang lebih lembut atau cair di mulut, gantikan 1 biji telur kepada dua biji telur kuning sahaja.
  • Sejukkan biskut terlebih dahulu sebelum disusun ke dalam balang supaya tidak lemau.
  • Tidak digalakkan menggunakan marjerin kerana biskut akan cepat tengit. Jika menggunakan mentega, insyaAllah akan elok lebih dari sebulan.

Thursday, 3 July 2014

~ Resepi Pecal ~



Resepi Pecal


Bahan-bahan kuah pecal :
  • ½ tbsp (sudu makan) belacan
  • 30 tangkai cili kering
  • 150gm kacang tanah
  • 4 tbsp (sudu makan) gula merah
  • 2 tbsp (sudu makan) gula putih
  • 1 ½ tsp (sudu teh) garam
  • 2 ½ tbsp (sudu makan) air asam jawa

Bahan-bahan sayur pecal :

  • 100gm nangka muda
  • 10 urat kacang panjang
  • 2 ikat kangkung
  • 3 keping tauhu, digoreng
  • 150gm taugeh

Cara-cara :
  1. Kesemua sayur pecal kecuali tauhu, di potong pendek dan dicelur sehingga lembut. Ketepikan.
  2. Tauhu yang telah digoreng juga dipotong nipis. Ketepikan.
  3. Untuk membuat kuah pecal, mula-mula belacan, cili kering dan juga kacang tanah digoreng dengan minyak. Kemudia tos dan kisar halus. Masukkan ke dalam mangkuk.
  4. Seterusnya, masukkan gula merah, gula putih, garam, air asam jawa ke dalam mangkuk, gaul rata. Rasa dahulu sebelum masukkan sayur pecal. Jika kurang manis, tambah gula begitu juga sebaliknya.
  5. Setelah kuah mempunyai rasa yang cukup, boleh masukkan kesemua sayur pecal, gaul rata dan hidang.