Resepi Kari Kambing
Bahan-bahan :
- 1kg daging kambing + tulang
- 1.5 liter air
- 5 biji buah pelaga
- 5 biji cengkih
- 3 biji bunga lawang
- 1 batang kayu manis
- 1 tangkai daun kari, diambil daunnya sahaja
- 2 biji bawang besar
- 1 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 2 batang serai
- 4 sudu makan serbuk kari daging
- 1 cawan santan pekat
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak secukupnya untuk menumis
Cara-cara :
- Mula-mula basuh daging kambing dan tulang hingga bersih. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama 1.5 liter air. Rebus hingga air tinggal separuh dari paras asal. Ketepikan.
- Kisar bawang putih, bawang besar, halia dan serai dengan sedikit air. Ketepikan.
- Panaskan minyak di dalam periuk lain. Masukkan rempah empat sekawan (buah pelaga, cengkih, bunga lawang dan kayu manis) dan daun kari. Tumis hingga naik bau.
- Masukkan pula bahan kisar tadi. Tumis hingga garing kemudian masukkan serbuk kari dan sedikit air. Masak hingga pecah minyak.
- Masukkan daging kambing yang telah direbus sebentar tadi bersama-sama air rebusannya sekali dengan santan.
- Masak dengan api perlahan hingga mendidih, kemudian masukkan bahan-bahan perasa, gula dan garam secukupnya.
- Sedia dihidang.
Tips :
- Untuk daging yang sangat lembut, semasa rebus pastikan api kecil. Akan ambil masa yang lama tetapi berbaloi.
- Untuk mereka yang tidak sukakan bau kambing, semasa basuh kambing boleh masukkan sedikit belacan. Bilas sebersihnya selepas itu. Selamat mencuba.
