Thursday, 16 October 2014

~ Resepi Kari Kambing ~


Resepi Kari Kambing


Bahan-bahan :

  • 1kg daging kambing + tulang
  • 1.5 liter air
  • 5 biji buah pelaga
  • 5 biji cengkih
  • 3 biji bunga lawang
  • 1 batang kayu manis
  • 1 tangkai daun kari, diambil daunnya sahaja
  • 2 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 batang serai
  • 4 sudu makan serbuk kari daging
  • 1 cawan santan pekat
  • Garam dan gula secukupnya
  • Minyak secukupnya untuk menumis

Cara-cara :

  1. Mula-mula basuh daging kambing dan tulang hingga bersih. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama 1.5 liter air. Rebus hingga air tinggal separuh dari paras asal. Ketepikan.
  2. Kisar bawang putih, bawang besar, halia dan serai dengan sedikit air. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak di dalam periuk lain. Masukkan rempah empat sekawan (buah pelaga, cengkih, bunga lawang dan kayu manis) dan daun kari. Tumis hingga naik bau.
  4. Masukkan pula bahan kisar tadi. Tumis hingga garing kemudian masukkan serbuk kari dan sedikit air. Masak hingga pecah minyak.
  5. Masukkan daging kambing yang telah direbus sebentar tadi bersama-sama air rebusannya sekali dengan santan.
  6. Masak dengan api perlahan hingga mendidih, kemudian masukkan bahan-bahan perasa, gula dan garam secukupnya.
  7. Sedia dihidang.

Tips :

  • Untuk daging yang sangat lembut, semasa rebus pastikan api kecil. Akan ambil masa yang lama tetapi berbaloi.
  • Untuk mereka yang tidak sukakan bau kambing, semasa basuh kambing boleh masukkan sedikit belacan. Bilas sebersihnya selepas itu. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment