Resepi Butterscotch Bread Pudding & Vanilla Custard Sauce
Bahan-bahan (bread pudding):
- 15 keping roti "gardenia butterscotch", sekeping dicarik / dipotong kiub 6 bahagian.
- 6 sudu makan cip coklat
- 3 cawan susu segar / susu cair / santan cair (saya guna susu segar)
- 3 biji telur
- 3 sudu makan gula castor
- 3 sudu teh esen vanilla
- 3 sudu makan mentega cair / minyak jagung
- sedikit mentega
Cara-cara:
- Satukan susu segar, telur, gula castor, esen vanilla, dan mentega cair di dalam jug, pukul dengan hand whisk hingga sebati, ketepikan.
- Sapu mentega pada loyang 9". Kemudian susun roti untuk lapisan pertama, dan tabur separuh cip coklat.
- Susun pula roti untuk lapisan kedua.
- Tuangkan bancuhan mula-mula tadi ke dalam loyang. Tekan sedikit roti supaya bancuhan tadi dapat menyerap ke setiap bahagian roti.
- Tabur baki cip colat pada lapisan atas. Bakar pada suhu 180c selama 40-50 minit.
Bahan-bahan (sauce):
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan air
- 3 sudu makan gula castor
- 1 sudu makan tepung kastard
- 2 sudu teh creamy vanilla essence / vanilla extract
Cara-cara:
- Masukkan kesemua bahan kecuali esen vanilla ke dalam periuk kecil. Masak sambil dikacau dengan api yang sederhana. Bila mendidih, tutup api, sejukkan dan masukkan esen vanilla. Sedia untuk dihidang.
Tips:
- Jika tiada roti butterscotch, boleh ganti dengan roti putih biasa.
- Jika tak suka cip coklat, boleh ganti dengan kismis atau badam cincang, atau buah-buahan segar yang dipotong dadu, terserah pada masing-masing.
- Sejukkan puding roti sekurang-kurangnya selama 3-4 jam, kerana jika puding masih suam, rasa cip coplat akan mengatasi rasa puding. Selamat mencuba. InsyaAllah sedap.
No comments:
Post a Comment