Resepi Biskut Coklat Cip & Walnut
Bahan-bahan :
- 300gm mentega, suhu bilik
- 200gm gula castor + 100gm gula perang (kalau tak ada gula perang, boleh gunakan gula castor sahaja)
- 2 biji telur
- 250gm tepung gandum
- 250gm tepung jagung
- 2 sudu teh soda bikabornat
- 4 sudu makan serbuk koko
- 200gm coklat cip
- 200gm kacang walnut
Cara-cara :
- Pukul mentega dan gula hingga sebati, tak perlu sampai kembang, kemudian masukkan 2 biji telur dan pukul sebati lagi.
- Masukkan bahan lain, uli dengan tangan hingga menjadi doh yang lembut. Adunan memang tidak terlalu keras. Jadi rehatkan adunan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum dibentukkan ke dalam loyang pembakar.
- Bakar pada suhu 150c selama 30 minit.
Tips :
- Boleh gantikan kacang walnut dengan lain-lain jenis kacang seperti almond, pecan dan lain-lain. Boleh juga gantikan dengan "rice bubbles", pun sedap.
- Kalau nak buat biskut coklat cip versi klasik (warna coklat terang), jangan masukkan 4 sudu serbuk koko.
- Masa keluarkan dari oven, bahagian tengah biskut seakan-akan masih lembut, tapi setelah disejukkan biskut akan rangup.
- InsyaAllah sesedap biskut "Famous Amos", walaupun gambar tak berapa kelihatan menarik. Cubalah. Anak-anak mesti suka.

No comments:
Post a Comment